Tuesday, September 8, 2009

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

PMR bakal hadir tidak lama lagi, terasa baru semalam tahun 2009 bermula, rupanya telah menghampiri oktober... begitu cepat masa berlalu

Antara sedar atau tidak, anak-anak SMK KK bakal berdepan dengan satu pertarungan yang akan menentukan ke arah mana haluan diri. Akan ke aliran sains? atau sastera? atau lain-lain aliran yang ditawarkan.

Bagi anak-anak yang telah menetapkan pilihan, tidak sukar bagi mereka untuk buat pilihan tetapi bagi anak-anak yang masih belum ada 'ilham', tentu kepayahan bakal menghimpit.

Walaubagaimanapun, samada persediaan anda telah lengkap atau tidak untuk bertempur di medan peperangan PMR, masih belum terlambat... Ayuh!! bangun, bangun, bangkitlah dari tidur yang lena... marilah kita kejar masa yang sedikit bersisa ini untuk mengulangkaji..

Sekiranya anda tidak mendapat ruang dan peluang yang selesa di rumah untuk belajar, datanglah ke Pusat Sumber Sekolah, suasana belajar yang kondusif disediakan untuk anda disamping buku-buku rujukan yang banyak. Untuk makluman anak-anak, Pusat Sumber Sekolah di buka dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Menafaatkan kemudahan yang disediakan..
Jika anda memerlukan pencarian maklumat yang lebih global, perkhidmatan internet juga disediakan.(pastikan anda maklum tentang peraturan dan syarat-syaratnya)

Sebagaimana ibubapa mengharapkan kejayaan anda dalam PMR, guru-guru juga demikian, jadi janganlah hampakan harapan kami... burulah kejayaaan, buangkan jauh-jauh perasaan malas belajar. Kejayaan anda dalam PMR adalah untuk anda... kami, ibubapa dan guru hanya ingin menumpang bangga dengan kejayaan anda.....