Thursday, January 28, 2010

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-8


























Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-8 telah disempurnakan pada hari Sabtu 23.1.2010 yang lalu. Dalam suasana cuaca yang baik , kejohanan berjalan lancar seperti yang telah dirancang.
Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kota Kemuning, Yang Berbahagia Encik Kamarudzaman bin Sanusi.

Johan merentas desa kali ini dimenangi oleh pasukan rumah biru dan naib johan pula oleh pasukan rumah ungu.

Monday, January 18, 2010

Orientasi PSS Tingkatan 1









Orientasi PSS bagi semua murid tingkatan 1 anjuran Pusat Sumber Sekolah telah diadakan mulai 11.1.2010 hingga 15.1.2010 berselang-seli dengan Program PMD (program maju diri) anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Majlis orientasi diuruskan oleh pengawas PSS dengan dipantau oleh Guru-guru PSS dibawah seliaan GPM. Program Orientasi berjalan lancar dan tahniah kepada semua pengawas PSS kerana menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi sewaktu menjayakan majlis ini.

Sunday, January 17, 2010

Pemilihan AJK Kelab Pengawas PSS




Bertempat di perpustakaan sekolah, kesemua 46 orang pengawas pss berkumpul untuk memilih kepimpinan baru mereka. Majlis dimulakan dengan taklimat oleh GPM.
Kelab Pengawas PSS diterajui oleh Chin Khai Yi dari 5 Sains 1 sebagai Presiden dan Muhd Farhan Norazwan dari 3 Westara sebagai Naib Presiden dan dibantu oleh Chew Li Li sebagai setiausaha. Senarai penuh AJK kelab akan dimuatnaik kemudian.
Tahniah kepada pengurusan baru Kelab Pengawas PSS, diharap dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

Monday, January 11, 2010

Pendaftaran dan AGM Ko Kurikulum




Pendaftaran Unit Ko Kurikulum telah diadakan pada hari Khamis 7.1.2010 bertempat di Dataran Ilmu. Murid-murid membuat pendaftaran bagi Kelab akademik/bukan akademik, dan Persatuan. Waktu pendaftaran dari pukul 7.30 hingga 8.40 pagi.

Pendaftaran bagi Unit Beruniform dan Permainan mengambil tempat pada hari Jumaat 8.1.2010. Pendaftaran sepatutnya diadakan pada masa pertama dan kedua telah ditunda kepada selepas rehat kedua kerana hari hujan.

Pendaftaran diatas bagi sesi petang dijalankan pada hari yang sama selepas waktu rehat.

Taklimat dan Penetapan Rumah Sukan murid tingkatan 1 diadakan pada hari Jumaat pada waktu terakhir.
Mesyuarat Agung bagi semua unit Kokurikulum diadakan pada hari Sabtu 9.1.2010

Suasana begitu meriah sekali dengan kehadiran murid melebihi 2000 orang. Adalah diharapkan selepas membuat pendaftaran ,murid-murid akan memberikan komitmen yang baik kepada kehadiran setiap aktiviti selepas ini..

Sunday, January 3, 2010

Pendaftaran Murid Tingkatan 1


Urusan pembahagian buku teks dan bayaran tambahan di kelas bersama guru kelas.


Semakan penempatan kelas, beratur mengikut kelas masing-masing dan ucapan alu-aluan Penolong Kanan Petang

Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 telah berlangsung pada 31.12.2009. Majlis dimulakan dengan semua murid tingkatan 1 berkumpul mengikut kelas yang telah ditetapkan. Seramai 669 orang murid telah mendaftar dan ditempatkan di empat belas buah kelas.

Pn. Sangeetajit Kaur (Penolong Kanan Petang) dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan, SMK Kota Kemuning menjadi pilihan ramai ibubapa di sekitar Kota Kemuning. Memandangkan bilangan kelas yang terhad, banyak permohonan terpaksa ditolak.