Saturday, May 22, 2010

LADAP 2 - 22.5.2010



Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali kedua telah diadakan pada hari Sabtu 22.5.2010 bertempat di ADTEC Bukit Kemuning. Program dianjurkan bersama dengan SMK Jalan Kebun.

Ceramah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof Bin Mohamad daripada Institut Integriti Malaysia. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah 'Pelan Integriti Nasional dan Nilai Integriti & Kecemerlangan'

Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ~ 17.5.2010 - 'Guru Pembina Negara Bangsa'

LADAP 1 - 5S (Sabtu 15.5.2010)




LADAP kali pertama telah diadakan pada hari Sabtu 15.5.2010 bertempat di Bilik Seminar SMK Kota Kemuning. Ceramah disampaikan oleh Encik Mustapha Sufa'at, Pengarah Bahagian Inovasi Enterprise Malaysia Productivity Corporation (MPC). Ceramah yang disampaikan bertajuk Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)

5S ialah singkatan kepada:

1. Seiri (Sisih)
2. Seiton (Susun)
3. Seiso (Sapu)
4. Seiketsu (Seragam)
5. Shitsuke (Sentiasa Amal)

Tuesday, May 18, 2010

Minggu Kemanusiaan- 3.5.2010 hingga 7.5.2010





Tema: Insan Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan
Aktiviti-aktiviti
1. Pendidikan Moral: Buku Skrap & Poster
2. Sejarah: Deklamasi Sajak
3. Pendidikan Islam: Reka Cipta & Busana Muslimah
4. Geografi: Kuiz Bertulis
5. Sivik: Permainan Tradisional
6. Pendidikan Seni: Melukis Poster Pemimpin
7. Ekonomi Asas: Pameran Mata Wang Asing
8. PJK: Pameran PJPK

Saturday, May 1, 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 dan Mesyuarat Agung PIBG 2010












Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 dan Mesyuarat Agung PIBG 2010 telah diadakan pada 17 April 2010 bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Terbuka SMK Kota Kemuning. Majlis dirasmikan oleh Puan Hajjah Che Nah bt Hj. Hassan, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Selangor yang juga merupakan mantan pengetua SMK Kota Kemuning.