Sunday, August 9, 2009

Lawatan GPM PKG Klang Bandar Ke BTPN Sarawak - 6.7.09 hingga 9.7.09

Satu lawatan kerja ke Sarawak yangdianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar telah diadakan pada 6.7.09 hingga 9.7.09. Seramai 13 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah dalam PKG Klang Bandar telah m engikuti lawatan tersebut dengan diketuai oleh Encik Zailani b. Rosdi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Klang Bandar.

Rombongan Berlepas dari LCCT ke Kuching dengan penerbangan AK 5200 jam 7.10 pagi dan tiba di Terminal Utama Kuching pada jam 9.00 pagi. Kami dibawa ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak di Kota Samarahan dengan menaiki bas BTPN Sarawak.


Bersama pegawai-pegawai di BTPN Sarawak.


Gambar kenang-kenangan bersama PTP Kuching, Terimakasih kerana sudi menerima kehadiran kami.


Kenangan berlatarbelakang bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru.

Di Muzium Sarawak


Kunjungan ke rumah panjang Kampung Budaya.


Tempat penginapan, Baruk Kenyalang.

Persembahan memukau daripada artis-artis Kampung Budaya serta penampilan istimewa dua orang GPM di atas pentas..



Ole-ole untuk dibawa pulang....

No comments: