Friday, October 30, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM..

SPM akan datang tidak berapa lama lagi, 2 tahun belajar.. inilah saatnya mencurahkan segala ilmu yang dipelajari. SPM penentu masa depan.. ke mana haluan hidup kita selepas ini..

Ibubapa dan guru mendoakan kejayaan untuk anak-anak dan anak didiknya. Anda akan masuk ke dalam dewan peperiksaan keseorangan, tiada ibubapa dan guru disisi untuk membantu .... segala kesulitan dan kesenangan soalan peperiksaan anda akan hadapi bersendirian. Ibubapa dengan penuh debar mendoakan anda sepanjang berada di dalam dewan peperiksaan. Guru-guru juga resah menanti anda keluar dari dewan. Semuanya mengharapkan anda boleh menjawab soalan dengan tepat dan betul..... Selamat Menduduki Peperiksaan SPM...


Pengetua, Pn. Hjh Lasiah bt Yeop Tasin sedang memberikan nasihat dan kata-kata perangsang kepada murid-murid tingkatan 5.

No comments: