Wednesday, May 11, 2011

Program Polis Bersama Warga Sekolah - 28.4.2011













Program Polis Bersama Warga Sekolah Sempena Memperingati Hari Polis Ke 204 telah diadakan pada 28.4.2011 yang lalu. Program anjuran IPD Shah Alam dengan kerjasama SMK Kota Kemuning telah dirasmikan oleh Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Bin Ayob.

Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti Demonstrasi Curi Motosikal dan Samun, 'Stop n Talk' , Ceramah Polis, Pameran Polis, Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Esei, Debat dan Melukis.

Objektif Program ini diadakan di sekolah ialah:

1. Pelajar dapat mengetahui tugas dan tanggungjawab Polis terhadap masyarakat
2. Pelajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam diri
3. Pelajar berusaha membentuk jati diri dan sikap yang positif
4. Pelajar lebih bersemangat dalam menuntut ilmu demi masa depan
5. Meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti bermoral

No comments: