Wednesday, May 11, 2011

Program Polis Bersama Warga Sekolah - 28.4.2011













Program Polis Bersama Warga Sekolah Sempena Memperingati Hari Polis Ke 204 telah diadakan pada 28.4.2011 yang lalu. Program anjuran IPD Shah Alam dengan kerjasama SMK Kota Kemuning telah dirasmikan oleh Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Bin Ayob.

Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti Demonstrasi Curi Motosikal dan Samun, 'Stop n Talk' , Ceramah Polis, Pameran Polis, Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Esei, Debat dan Melukis.

Objektif Program ini diadakan di sekolah ialah:

1. Pelajar dapat mengetahui tugas dan tanggungjawab Polis terhadap masyarakat
2. Pelajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam diri
3. Pelajar berusaha membentuk jati diri dan sikap yang positif
4. Pelajar lebih bersemangat dalam menuntut ilmu demi masa depan
5. Meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti bermoral

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - 26.4.2011

Bergambar sebelum bertolak, suasana ceria dan bersemangat semuanya.

Setibanya di PWTC

Kepenatan..dalam perjalanan pulang

Pelancaran Minggu Kemanusiaan - 25.4.2011



Minggu Kemanusiaan 2011 telah dilancarkan dengan rasminya oleh Penolong Kanan Akademik, Puan Hamitha Begam Bt Rahmathullah pada 25.4.2011 yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran, Puan Wan Faizah Bt Wan Mahmood. Tema bagi tahun ini ialah 'Insan Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan'.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bayaran Yuran Sekolah oleh UMNO Cawangan Bandar Kota Kemuning - 25.4.2011


Majlis Penyerahan Sumbangan Bayaran Yuran Sekolah kepada murid-murid miskin dan anak-anak yatim telah diadakan pada 25.4.2011. Sumbangan diserahkan oleh Ketua Umno Cawangan Bandar Kota Kemuning, Datuk Abdul Razak b. Dawood Sultan.