Thursday, December 24, 2009

Tahniah!!! Keputusan PMR 2009 - 24.12.09

Wajah-wajah gembira...


anak-anak SMK KK.......

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon PMR 2009. Segala usaha anda terjawab hari ni... kepada yang beroleh kejayaan cemerlang, tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berpuashati dengan keputusan yang diperolehi, jangan sedih.. anda masih ada masa untuk menebus kekecewaan kali ini dalam SPM dua tahun lagi..

Tahniah juga kepada guru-guru tingkatan 1,2 dan 3 SMK Kota Kemuning, anda adalah guru-guru hebat!!

Tahniah dan syabas juga kepada ibubapa dan penjaga , anda adalah ibubapa yang perihatin dan cemerlang.
Peratus Lulus: 82.8%
Bilangan semua A : 45 orang

Sunday, November 15, 2009

Majlis Hi-Tea Tahunan Pengawas Pusat Sumber


Dah jumpa.... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Surprise!!!.. ~~~Happy Birthday ~~~~~~~~~~ Banyaknya hadiah...kongsi..

Merdunya.. sampai hujan.. ~~~~~~~~~~~~Kau tahu.. ini buah durian!!~~~~~~~~ ~~Cabutan nama bertuah...


Sedapnya.... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Ini dia... Mummy.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~Tahniah....

Bestnya... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Jumpa lagi tahun depan... ~~~~~~~Paling kecil tapi dapat hadiah besar.

Jemput makan...


Bila aku boleh makan ni... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Yeah... dapat sijil

Penyampaian Sijil dan Cenderahati~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Hadiah cabutan bertuah..

Selamat tinggal PSS... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Guru-guru PSS ~~~~~~~~~~~~~~~~Ucapan alu-aluan Pn. Norwati

Ucapan Perasmian oleh Pn. Hamitha Begam, Penolong Kanan Akademik SMK Kota Kemuning.
Bertempat di INTEKMA Resort & Convention Centre, pada hari Sabtu 7 November 2009, berlangsunglah satu majlis penuh gemilang bagi meraikan pengawas-pengawas PSS yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tahun 2009, Majlis Hi-Tea ini bukan saja sebagai majlis penghargaan , malah ianya juga merupakan majlis bagi meraikan pengawas-pengawas PSS tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK Kota Kemuning selepas SPM nanti. Di samping itu juga, majlis ini juga adalah majlis bagi menyampaikan watikah perlantikan pengawas-pengawas percubaan yan g telah menamatkan tempoh percubaan dengan jayanya. Tahniah buat semua..

Monday, November 9, 2009

Majlis Hi-Tea Kelab Guru - 1 November 2009



Bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam

Malam Anugerah Ko Kurikulum - 30 Oktober 2009



Majlis khas diadakan bagi menghargai murid-murid yang aktif dalam aktiviti ko kurikulum sepanjang tahun 2009.

Antara persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid


Jamuan makan malam disediakan.

Majlis Anugerah Kokurikulum ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Encik Anuar bin Kusni

Friday, October 30, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM..

SPM akan datang tidak berapa lama lagi, 2 tahun belajar.. inilah saatnya mencurahkan segala ilmu yang dipelajari. SPM penentu masa depan.. ke mana haluan hidup kita selepas ini..

Ibubapa dan guru mendoakan kejayaan untuk anak-anak dan anak didiknya. Anda akan masuk ke dalam dewan peperiksaan keseorangan, tiada ibubapa dan guru disisi untuk membantu .... segala kesulitan dan kesenangan soalan peperiksaan anda akan hadapi bersendirian. Ibubapa dengan penuh debar mendoakan anda sepanjang berada di dalam dewan peperiksaan. Guru-guru juga resah menanti anda keluar dari dewan. Semuanya mengharapkan anda boleh menjawab soalan dengan tepat dan betul..... Selamat Menduduki Peperiksaan SPM...


Pengetua, Pn. Hjh Lasiah bt Yeop Tasin sedang memberikan nasihat dan kata-kata perangsang kepada murid-murid tingkatan 5.

Program Selepas PMR -3


Perlawanan persahabatan bola keranjang antara murid-murid Tingkatan 3 SMK Kota Kemuning dan SMK Jalan Kebun di bawah Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan)

Pertandingan Memasak mengambil tempat dalam slot Program Selepas PMR.



Murid-murid menyahut cabaran menghidupkan api sebelum memasak. Cikgu juga mengambil peluang untuk mencuba kepakaran zaman kanak-kanak dahulu....

Mengapa banyak asap ni... masak puding buah atau puding asap....